Laporan Aktiviti September 2024 - Kelas Usahawan Digital GMM (TML & PE) Sesi 1 2024: Microsoft Excel
Tarikh | : 03 September 2024 (Selasa) |
Masa | : 2:00 PM hingga 4:00 PM |
Peserta | : 10 orang |
Lokasi | : NADI Kg Sungai Batu |
Tujuan
Kelas Usahawan Muda Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar Giatmara Kulim Bandar Baharu sesi 1/2024, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Menggunakan fungsi-fungsi Microsoft Office Excel untuk menghasilkan pengolahan data yang lengkap, cara penggunaan tool yang ada di dalam Microsoft Excel secara keseluruhannya dan mengaplikasikan pembelajaran dengan menghasilkan sebuah jadual dan carta.
Tarikh | : 02 September 2024 (Isnin) |
Masa | : 09:00 AM hingga 12:00 PM |
Peserta | : 35 orang |
Lokasi | : NADI Kg Sungai Batu |
Tujuan
Programsambutan kemerdekaan bersama Tabika KEMAS yang melibatkan sukaneka dan sukan rakyat adalah untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan kanak-kanak, sambil meningkatkan kesedaran mereka tentang erti kemerdekaan. Aktiviti ini juga bertujuan mengeratkan hubungan antara kanak-kanak, ibu bapa, guru dan staf NADI melalui interaksi dan kerjasama. Di samping itu, sukaneka dan sukan rakyat membantu perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak, membina semangat berpasukan, serta memupuk nilai perpaduan dalam komuniti. Selain menceriakan suasana sambutan, ia juga memperkukuh hubungan silaturahim di kalangan masyarakat setempat, menjadikan sambutan lebih bermakna dan menyeronokkan.
Aktiviti
Klik Dengan Bijak
Klik Dengan Bijak membantu pengguna internet, terutama golongan muda dan ibu bapa, untuk memahami risiko-risiko yang berkaitan dengan penggunaan internet dan bagaimana untuk melindungi diri mereka dalam dunia digital. Petugas berkongsi amalan terbaik dalam penggunaan media sosial dan teknologi maklumat untuk memastikan pengalaman dalam talian yang positif dan bermanfaat.
Klik disini untuk ke Galeri Foto
Pakaian Beragam Kemerdekaan
Peserta perlu memperagakan pakaian beragam yang dihasilkan oleh ibu bapa mereka. Peserta yang memperoleh markah yang tinggi dari segi keunikan, kekemasan, persembahan (dll.) akan mendapat hadiah.
Klik disini untuk ke Galeri Foto
Bergerak di dalam Kain
Peserta perlu meloloskan diri dari kain batik secara berkumpulan tanpa melepaskan tangan. Pasukan yang paling pantas akan menang.
Klik disini untuk ke Galeri Foto
Kerusi Musik
Peserta perlu bergerak apabila musik dimainkan dan apabila musik berhenti, peserta perlu merebut kerusi yang berada di tepi mereka. Peserta terakhir yang tinggal akan memenangi hadiah.
Klik disini untuk ke Galeri Foto
Terompah Gergasi
Aktiviti ini memerlukan koordinasi yang baik antara ibu dan anak. Peserta perlu menyarung terompah gergasi dan cuba bergerak secara seiring. Pasukan yang paling pantas ke garisan penamat akan memenangi hadiah.
Klik disini untuk ke Galeri Foto
Berjalan Membawa Belon
Peserta perlu berjalan bersama belon di kaki tanpa menjatuhkannya. Peserta yang paling pantas ke garisan penamat akan memenangi hadiah.
Klik disini untuk ke Galeri Foto
Tapak Kingkong
Peserta perlu bergerak ke garisan penamat tanpa memijak lantai (perlu beralaskan kertas). Peserta diberi 2 keping kertas sahaja dan perlu mengatur stratergi untuk bergerak dengan pantas ke garisan penamat. Peserta yang paling pantas ke garisan penamat akan memenangi hadiah.
Klik disini untuk ke Galeri Foto
Berjalan Membawa Bola Pingpong
Peserta perlu membawa bola pingpong di dalam pinggan ke garisan penamat tanpa menjatuhkan bola bola tersebut. Peserta yang paling pantas ke garisan penamat akan memenangi hadiah.
Klik disini untuk ke Galeri Foto
Cupstacking
Peserta perlu menggunakan tali untuk menyusun cawan menjadi satu menara. Pasukan yang paling pantas menyusun cawan akan memenangi hadiah.
Klik disini untuk ke Galeri Foto
Tarikh | : 22 Ogos 2024 (Khamis) |
Masa | : 04:00 PM hingga 5:30 PM |
Peserta | : 3 orang |
Lokasi | : NADI Kg Sungai Batu |
Tujuan
Pengenalan kepada Artificial Intelligence (AI) bertujuan untuk mendedahkan tentang AI dan kegunaanya kepada peserta.
Aktiviti
Peserta diberi peluang untuk belajar sambil bermain permainan di atas talian tentang AI
Tarikh | : 29 Ogos 2024 (Khamis) |
Masa | : 04:30 PM hingga 5:30 PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : NADI Kg Sungai Batu |
Tujuan :
Permainan catur dalam talian adalah untuk mengembangkan kemahiran berfikir kritis, strategi, dan penyelesaian masalah dalam suasana yang menyeronokkan dan kompetitif. Catur meningkatkan kemampuan matematik melalui pemikiran logik dan pola, mengasah kemahiran sains komputer dengan memanfaatkan platform digital, dan menggalakkan kejuruteraan pemikiran sistematik. Melalui catur, pelajar mengasah kebolehan analitik dan pemikiran logik.
Aktiviti :
Peserta mengakses platform catur dalam talian, mencipta akaun, memilih lawan, dan memulakan permainan.
Tarikh | : 15 Ogos 2024 (Khamis) |
Masa | : 10:30 AM hingga 11:00 AM |
Peserta | : 15 orang |
Lokasi | : NADI Kg Sungai Batu |
Tujuan
Menyemarakkan semangat kemerdekaan kepada kanak-kanak dengan mengadakan aktiviti ICT, iaitu puzzle merdeka online.
Aktiviti
Peserta perlu menyelesaikan dan mencantumkan puzzle online yang berbentuk bendera Malaysia.