Kedai makan Tali Kapal, Selama yang sering mendapat kunjungan dari penduduk luar dan disekitarnya kerana tempat makan yang santai, bersih, serta gaya lama yang diterapkan pada kedai makan ini. 

Mula berniaga pada tahun 2011 sehingga kini. Waktu perniagaan bermula pada pkl 10 pagi hingga 7.30 malam. Jolokan nama "tali kapal" adalah kerana tali kapal tersebut hiasan sebagai pagar yang dihias dikeliling kedai makan tersebut sahaja, dari situ timbul kata putus yang diberi nama kedai makan tali kapal.

Di kedai makan ini terdapat berbagai makanan melayu dan antara makanan yang mendapat kunjungan dari orang ramai ialah Nasi Goreng Ayam, Nasi Ayam, Laici Kang dan Teh Ais 3 Lapis. Keenakan ke empat citarasa ini berbeza sekali berbanding bagi kedai makan yang lain. 

Kunjungilah kedai makan tali kapal, Selama, ternyata memberi kepuasan dalam menjamu selera.

IMG 20151228 131716IMG 20151228 132304IMG 20151228 132352IMG 20151228 133919

Gerai makan & minuman milik Encik Shahrudin yang dibuka pada bulan Julai 2015 ternyata mendapat perhatian bagi penduduk Kg. Sg. Taka kerana terdapat jualan juadah kampung seperti pisang goreng, mee rebus, cucur udang, makanan ringan dan ayam goreng yang hanya berharga seringgit sahaja.

Gerai tersebut terletak dihadapan PI1M Sg. Batu di perkampungan Sungai Taka.

 

IMG 20160105 090602

 

IMG 20151218 092450