Tarikh :  07 September 2024 (Sabtu)
Masa :  09:00 AM hingga 1:00 PM
Peserta :  50 orang
Lokasi :  KEDA 


Tujuan

Program ini bertujuan memperkukuh perpaduan, memperkasa ilmu pengetahuan, serta menggalakkan sikap tanggungjawab sosial melalui pelbagai aktiviti.menggalakkan penggunaan teknologi secara beretika dan selamat. Melalui aktiviti STEM, program ini bertujuan menginspirasi minat pelajar terhadap inovasi dan pembelajaran kreatif. Perkongsian Klik Dengan Bijak pula membantu membina kesedaran mengenai keselamatan siber dan penggunaan internet secara bertanggungjawab. Secara keseluruhannya, program ini menyokong pembentukan masyarakat yang celik teknologi, inovatif, dan berdisiplin dalam menggunakan teknologi untuk kebaikan.

 

Aktiviti

Perkongsian Klik Dengan Bijak

Klik Dengan Bijak membantu pengguna internet, terutama golongan muda dan ibu bapa, untuk memahami risiko-risiko yang berkaitan dengan penggunaan internet dan bagaimana untuk melindungi diri mereka dalam dunia digital. Petugas berkongsi amalan terbaik dalam penggunaan media sosial dan teknologi maklumat untuk memastikan pengalaman dalam talian yang positif dan bermanfaat.

Klik disini untuk ke Galeri Foto

 

Cup Stacking Berkumpulan

Peserta perlu menggunakan tali untuk menyusun cawan menjadi satu menara.

Klik disini untuk ke Galeri Foto

 

Cup Stacking Individu

Peserta perlu menyusun cawan dalam masa yang pantas.

Klik disini untuk ke Galeri Foto

 

Aktiviti STEM

Peserta perlu menyelesaikan masalah dengan menggunakan coding dalam bentuk block. Block-block tersebut perlu disusun agar menjadi satu arahan yang tepat bagi menyelesaikan masalah yang diberi.

Klik disini untuk ke Galeri Foto

 

Aktiviti eLearning

Peserta perlu menjawab soalan matematik yang diberikan dalam bentuk puzzle.

 

Tarikh :  02 September 2024 (Isnin)
Masa :  09:00 AM hingga 12:00 PM
Peserta :  35 orang
Lokasi :  NADI Kg Sungai Batu 

 

Tujuan

Programsambutan kemerdekaan bersama Tabika KEMAS yang melibatkan sukaneka dan sukan rakyat adalah untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan kanak-kanak, sambil meningkatkan kesedaran mereka tentang erti kemerdekaan. Aktiviti ini juga bertujuan mengeratkan hubungan antara kanak-kanak, ibu bapa, guru dan staf NADI melalui interaksi dan kerjasama. Di samping itu, sukaneka dan sukan rakyat membantu perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak, membina semangat berpasukan, serta memupuk nilai perpaduan dalam komuniti. Selain menceriakan suasana sambutan, ia juga memperkukuh hubungan silaturahim di kalangan masyarakat setempat, menjadikan sambutan lebih bermakna dan menyeronokkan.

 

Aktiviti

Klik Dengan Bijak

Klik Dengan Bijak membantu pengguna internet, terutama golongan muda dan ibu bapa, untuk memahami risiko-risiko yang berkaitan dengan penggunaan internet dan bagaimana untuk melindungi diri mereka dalam dunia digital. Petugas berkongsi amalan terbaik dalam penggunaan media sosial dan teknologi maklumat untuk memastikan pengalaman dalam talian yang positif dan bermanfaat.

Klik disini untuk ke Galeri Foto

 

Pakaian Beragam Kemerdekaan

Peserta perlu memperagakan pakaian beragam yang dihasilkan oleh ibu bapa mereka. Peserta yang memperoleh markah yang tinggi dari segi keunikan, kekemasan, persembahan (dll.) akan mendapat hadiah.

 Klik disini untuk ke Galeri Foto

 

Bergerak di dalam Kain

Peserta perlu meloloskan diri dari kain batik secara berkumpulan tanpa melepaskan tangan. Pasukan yang paling pantas akan menang.

 Klik disini untuk ke Galeri Foto

 

Kerusi Musik

Peserta perlu bergerak apabila musik dimainkan dan apabila musik berhenti, peserta perlu merebut kerusi yang berada di tepi mereka. Peserta terakhir yang tinggal akan memenangi hadiah.

Klik disini untuk ke Galeri Foto

 

Terompah Gergasi

Aktiviti ini memerlukan koordinasi yang baik antara ibu dan anak. Peserta perlu menyarung terompah gergasi dan cuba bergerak secara seiring. Pasukan yang paling pantas ke garisan penamat akan memenangi hadiah.

Klik disini untuk ke Galeri Foto

 

Berjalan Membawa Belon

Peserta perlu berjalan bersama belon di kaki tanpa menjatuhkannya. Peserta yang paling pantas ke garisan penamat akan memenangi hadiah.

Klik disini untuk ke Galeri Foto

 

Tapak Kingkong

Peserta perlu bergerak ke garisan penamat tanpa memijak lantai (perlu beralaskan kertas). Peserta diberi 2 keping kertas sahaja dan perlu mengatur stratergi untuk bergerak dengan pantas ke garisan penamat. Peserta yang paling pantas ke garisan penamat akan memenangi hadiah.

Klik disini untuk ke Galeri Foto

 

Berjalan Membawa Bola Pingpong

Peserta perlu membawa bola pingpong di dalam pinggan ke garisan penamat tanpa menjatuhkan bola bola tersebut. Peserta yang paling pantas ke garisan penamat akan memenangi hadiah.

Klik disini untuk ke Galeri Foto

 

Cupstacking

Peserta perlu menggunakan tali untuk menyusun cawan menjadi satu menara. Pasukan yang paling pantas menyusun cawan akan memenangi hadiah.

Klik disini untuk ke Galeri Foto

 

Tarikh :  22 Ogos 2024 (Khamis)
Masa :  04:00 PM hingga 5:30 PM
Peserta :  3 orang
Lokasi :  NADI Kg Sungai Batu

Tujuan

Pengenalan kepada Artificial Intelligence (AI) bertujuan untuk mendedahkan tentang AI dan kegunaanya kepada peserta.

Aktiviti

Peserta diberi peluang untuk belajar sambil bermain permainan di atas talian tentang AI

Tarikh :  29 Ogos 2024 (Khamis)
Masa :  04:30 PM hingga 5:30 PM
Peserta :  1 orang
Lokasi :  NADI Kg Sungai Batu

 

Tujuan :

Permainan catur dalam talian adalah untuk mengembangkan kemahiran berfikir kritis, strategi, dan penyelesaian masalah dalam suasana yang menyeronokkan dan kompetitif. Catur meningkatkan kemampuan matematik melalui pemikiran logik dan pola, mengasah kemahiran sains komputer dengan memanfaatkan platform digital, dan menggalakkan kejuruteraan pemikiran sistematik. Melalui catur, pelajar mengasah kebolehan analitik dan pemikiran logik.

Aktiviti :

Peserta mengakses platform catur dalam talian, mencipta akaun, memilih lawan, dan memulakan permainan. 

Tarikh :  15 Ogos 2024 (Khamis)
Masa :  10:30 AM hingga 11:00 AM
Peserta :  15 orang
Lokasi :  NADI Kg Sungai Batu

Tujuan

Menyemarakkan semangat kemerdekaan kepada kanak-kanak dengan mengadakan aktiviti ICT, iaitu puzzle merdeka online.

                                                                                                               

Aktiviti

Peserta perlu menyelesaikan dan mencantumkan puzzle online yang berbentuk bendera Malaysia.