Tarikh :  07 Julai 2024 (Ahad)
Masa :  03:30 PM hingga 05:30 PM
Peserta :  8 orang
Lokasi :  NADI Kg Sungai Batu

Tujuan

Aktiviti ini membantu pelajar mengembangkan kemahiran mencari dan mengenal pasti objek atau konsep teknologi dalam persekitaran digital, sambil memberikan pemahaman asas tentang penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian. Dengan menggalakkan pembelajaran interaktif melalui permainan, aktiviti ini juga menyemai minat awal terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Secara keseluruhan, aktiviti ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi pelajar dalam suasana pembelajaran yang menarik dan informatif.

Aktiviti

Petugas minta peserta mencari dan mengenal pasti pelbagai objek teknologi dalam permainan interaktif yang disediakan.

Klik disini untuk ke galeri foto

Tarikh :  06 Julai 2024 (Sabtu)
Masa :  03:00 PM hingga 4:30 PM
Peserta :  1 orang
Lokasi :  NADI Kg Sungai Batu

 

Tujuan :

Aktiviti ABC Ya bertujuan untuk membantu peserta mahir menggunakan komputer dan internet untuk belajar.

Aktiviti :

Peserta menggunakan aplikasi online ABCya (ABCya! • Learning Games and Apps for Kids) untuk mengasah kemahiran menggunakan mouse disamping belajar ABC. 

Klik disini untuk ke galeri foto

 

Tarikh :  2 Julai 2024 (Selasa)
Masa :  2:00 PM hingga 5:00 PM
Peserta :  1 orang
Lokasi :  NADI Kg Kuala Selama

 

Tujuan :

Kelas ini diadakan untuk peserta dari kalangan usahawan setempat, bertujuan untuk membantu peserta mengetahui teknik pemasaran dan penjualan produk secara atas talian.

Aktiviti :

Peserta diberikan penerangan tentang kegunaan dan kaedah penjualan dalam Shopee (www.shopee.com.my).

Klik disini untuk ke galeri foto

Tarikh :  04 Julai 2024 (Khamis)
Masa :  04:00 PM hingga 05:30 PM
Peserta :  3 orang
Lokasi :  NADI Kg Sungai Batu

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk mengajar kemahiran asas seperti menaip, memformat teks, menggunakan templat, menyisipkan gambar dan grafik, serta mencetak dokumen. Dengan mengikuti kelas ini, pelajar dapat meningkatkan kecekapan mereka dalam menghasilkan dokumen yang kemas dan profesional, yang berguna untuk keperluan akademik dan profesional.

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi menggunakan Microsoft Office Word serta diberikan tugasan mudah untuk menggunakan fungsi-fungsi yang ditunjukkan.

Klik disini untuk ke galeri foto

Tarikh :  01 Julai 2024 (Isnin)
Masa :  09:00 AM hingga 01:00 PM
Peserta :  50 orang
Lokasi :  Perpustakaan Awam Selama Perak

 

Tujuan

Program ini dijalankan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi melalui pembelajaran interaktif dan menyeronokkan. Ia mengembangkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif, serta memperkenalkan konsep asas yang relevan dalam bidang ini. Program ini menggalakkan pembelajaran secara hands-on dengan menyediakan peluang untuk eksperimen dan projek praktikal. Selain itu, ia meningkatkan kesedaran tentang kerjaya dalam sains dan teknologi, membangunkan kemahiran sosial dan kerjasama, serta menanam nilai positif terhadap pembelajaran. Dengan melibatkan ibu bapa, guru, dan komuniti, program ini menyokong perkembangan pendidikan sains dan teknologi secara menyeluruh.

 

Aktiviti

Perkongsian Klik Dengan Bijak

Klik Dengan Bijak membantu pengguna internet, terutama golongan muda dan ibu bapa, untuk memahami risiko-risiko yang berkaitan dengan penggunaan internet dan bagaimana untuk melindungi diri mereka dalam dunia digital. Petugas berkongsi amalan terbaik dalam penggunaan media sosial dan teknologi maklumat untuk memastikan pengalaman dalam talian yang positif dan bermanfaat.

Klik disini untuk ke galeri foto

 

Mewarna Digital

Petugas sediakan tablet dengan aplikasi mewarna dan berikan arahan ringkas tentang cara menggunakan aplikasi tersebut lantas itu pelajar boleh mewarna mengikut kreativiti mereka.

Klik disini untuk ke galeri foto

 

Aktiviti di Booth

Terdapat pelbagai aktiviti disekitar pameran booth. Di booth NADI, Peserta diberikan crossword puzzle untuk dijawab dalam masa tertentu. Peserta yang pantas akan diberikan hadiah.

Klik disini untuk ke galeri foto