Tarikh :  01 Julai 2024 (Isnin)
Masa :  09:00 AM hingga 01:00 PM
Peserta :  50 orang
Lokasi :  Perpustakaan Awam Selama Perak

 

Tujuan

Program ini dijalankan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi melalui pembelajaran interaktif dan menyeronokkan. Ia mengembangkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif, serta memperkenalkan konsep asas yang relevan dalam bidang ini. Program ini menggalakkan pembelajaran secara hands-on dengan menyediakan peluang untuk eksperimen dan projek praktikal. Selain itu, ia meningkatkan kesedaran tentang kerjaya dalam sains dan teknologi, membangunkan kemahiran sosial dan kerjasama, serta menanam nilai positif terhadap pembelajaran. Dengan melibatkan ibu bapa, guru, dan komuniti, program ini menyokong perkembangan pendidikan sains dan teknologi secara menyeluruh.

 

Aktiviti

Perkongsian Klik Dengan Bijak

Klik Dengan Bijak membantu pengguna internet, terutama golongan muda dan ibu bapa, untuk memahami risiko-risiko yang berkaitan dengan penggunaan internet dan bagaimana untuk melindungi diri mereka dalam dunia digital. Petugas berkongsi amalan terbaik dalam penggunaan media sosial dan teknologi maklumat untuk memastikan pengalaman dalam talian yang positif dan bermanfaat.

Klik disini untuk ke galeri foto

 

Mewarna Digital

Petugas sediakan tablet dengan aplikasi mewarna dan berikan arahan ringkas tentang cara menggunakan aplikasi tersebut lantas itu pelajar boleh mewarna mengikut kreativiti mereka.

Klik disini untuk ke galeri foto

 

Aktiviti di Booth

Terdapat pelbagai aktiviti disekitar pameran booth. Di booth NADI, Peserta diberikan crossword puzzle untuk dijawab dalam masa tertentu. Peserta yang pantas akan diberikan hadiah.

Klik disini untuk ke galeri foto