Gunung Bintang ialah sebuah gunung yang menjadi titik sempadan antara negeri Kedah dan negeri Perak. Ketinggian gunung ini ialah 1,862 meter dari aras laut, ia juga merupakan gunung tertinggi di banjarannya.
Namun begitu, dari segi geografinya puncak Gunung Bintang merupakan batu sempadan bagi daerah di dua negeri. Bermakna sekiranya pengunjung berjaya sampai ke puncaknya, maka ianya telah berada di Daerah Baling dan Daerah Kulim di negeri Kedah dan Daerah Ulu Perak dan Daerah Selama di negeri Perak pada suatu masa yang sama.
Dari puncak Gunung Bintang keindahan flaura dan fauna dapat dinikmati dengan pemandangan yang cukup indah dan damai.
http://sgbatu.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeIdefd24b2c7b
Taman Seri Tasik, Serdang adalah sebuah taman rekreasi yang terdapat taman permainan kanak-kanak dan juga alatan senaman yang mana hasil dari peruntukan dari Jabatan Landskap Negara.
Disamping itu pihak Majlis Bandar Baharu juga telah mendapat peruntukan dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia bagi menambah komponen-komponen sedia ada di kawasan tersebut seperti wakaf, penyediaan kerusi dan meja berkelah, penyediaan jambatan konkrit bagi menghubungkan dua tasik, ruang pejalan kaki dan lampu hiasan di sekeliling tasik tersebut.
http://sgbatu.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeId2952cbcf93
THE TREE TOP WALK
The Tree Top Walk adalah hutan jambatan gantung yang terpanjang dengan panjang 925 meter dan ketinggian 26 meter ke atas dari paras lantai hutan pada titik tertinggi. Laluan jambatan tersebut mengikuti bentuk segi empat tepat dan melintasi sungai dua kali. Dari Sungai Batu ke Taman Rekreasi Sungai Sedim adalah sejauh 30.6km dengan mengambil masa selama 32 minit.
Ia mengambil masa 14 bulan untuk membina dan telah siap pada bulan Mac 2005. Ia adalah struktur yang besar dilakukan dengan keluli pilon dan kekuda yang bersama-sama berat yang besar 422.214 kg menurut notis di pejabat tiket.
http://sgbatu.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeId5d05560abd
HUTAN LIPUR SUNGAI SEDIM
Kawasan peranginan yang terletak di Karangan, Kulim yang terletak kira-kira 30.6km dengan perjalanan yang mengambil masa selama 32 minit dari Mukim Sungai Batu ke Hutan Lipur Sungai Sedim, Karangan, Kulim.
Tempat perkelahan ini sering menjadi tumpuan ramai sama ada penduduk tempatan dan juga yang datang dari luar terutamanya pada hujung minggu. Terdapat juga para pelajar dan persatuan yang mengadakan perkhemahan di sini. Antara kemudahan yang disediakan di sini termasuklah tandas, bilik persalinan, gerai makanan, tempat berehat/makan, surau dan tempat letak kenderaan yang luas.
Para pengunjung pasti akan terpesona dengan pemandangan alam sekeliling yang hijau, air terjun yang jernih dan sejuk. Selamat berkunjung ke Hutan Lipur Sungai Sedim, Karangan, Kulim.
http://sgbatu.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeId56a3e6afdd
Untuk paparan selanjutnya sila klik DI SINI
Di pinggir Kampung Bagan Baharu yang terletak di Mukim Ijok, Selama, Perak, terdapat sebuah telaga gergasi yang menjadi kebanggaan penduduk dan merupakan salah satu tarikan pelancong. Ia dipercayai telah dibina pada tahun 1936 oleh pihak Inggeris sebagai tempat untuk menyimpan air dan dijadikan sumber pengairan bagi tanaman padi pada ketika itu. Kegigihan pihak Inggeris dalam membina telaga ini banyak memberi manfaat kepada penduduk.
Kawasan telaga yang sungguh besar dan menakjubkan ini pasti akan menggamit pengunjung dari luar untuk bertandang ke kampung ini. Namun, pengunjung perlu berhati-hati ketika berada di kawasan telaga gergasi kerana ia mungkin akan membahayakan nyawa jika terjatuh ke dalamnya.
Selain mempunyai telaga yang luas, air yang mengalir di telaga ini juga sungguh deras dan jika bernasib baik, pengunjung boleh melihat panorama indah pelangi muncul pada waktu tengah hari di permukaan air telaga gergasi.