Tarikh | : 23 Jun 2024 (Ahad) |
Masa | : 03:00 PM hingga 05:00 PM |
Peserta | : 3 orang |
Lokasi | : NADI Kg Sungai Batu |
Tujuan
Aktiviti ini untuk memastikan peserta dapat melalui proses permohonan dengan lancar dan tepat. Dengan bimbingan yang betul, peserta dapat mengisi borang dengan lebih cepat dan efisien.
Aktiviti
Petugas menyediakan bantuan untuk menjawab sebarang pertanyaan atau kekeliruan yang mungkin dihadapi oleh peserta semasa mengisi borang online.
Tarikh | : 22 Jun 2024 (Sabtu) |
Masa | : 03:00 PM hingga 05:00 PM |
Peserta | : 5 orang |
Lokasi | : NADI Kg Sungai Batu |
Tujuan
Aktiviti ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan aplikasi Quiziz.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Quiziz (https://quizizz.com/join), peserta diberikan tugasan mudah untuk menjawab soalan Jawi di dalam aplikasi Quizziz dengan bantuan petugas.
Tarikh | : 13 Jun 2024 (Khamis) |
Masa | : 09:00 AM hingga 12:00 AM |
Peserta | : 15 orang |
Lokasi | : NADI Kg Sungai Batu |
Tujuan
Program ini dijalankan untuk memperkenalkan pelajar tadika kepada dunia teknologi dan mengembangkan kemahiran asas mereka dalam pelbagai bidang. Aktiviti pengenalan kepada komputer (ICT) membantu mereka mengenal fungsi asas komputer, memperkukuh kemahiran digital dari usia muda. Aktiviti STEM, seperti menghasilkan sabun, mengajar konsep sains asas dan kreativiti, memupuk minat terhadap sains dan kejuruteraan. Aktiviti soft skill, seperti mengenal lima deria rasa, membantu dalam memahami dan menghargai deria mereka, sementara aktiviti seperti origami dan storytelling mengembangkan kreativiti, koordinasi tangan-mata, dan kemahiran komunikasi. Keseluruhan aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang holistik dan menyenangkan, mempersiapkan pelajar untuk masa depan yang lebih baik.
Aktiviti
Pengenalan kepada Komputer
Petugas memperkenalkan bahagian asas komputer seperti monitor, papan kekunci, dan tetikus kepada peserta.
Aktiviti ICT (Pengenalan Kepada Komputer) - Klik disini untuk ke galeri foto
5 Deria Saya
Petugas memulakan dengan penerangan ringkas mengenai lima deria utama manusia menggunakan slide untuk menunjukkan contoh setiap deria. Petugas bertanya soalan untuk memastikan pelajar memahami setiap deria dan fungsinya.
Aktiviti Softskill (5 Deria Saya) - Klik disini untuk ke galeri foto
Penghasilan Sabun
Petugas menerangkan bahan-bahan dan langkah-langkah untuk menghasilkan sabun. Peserta akan mengambil bahagian dalam setiap langkah pembuatan sabun, seperti mencampur bahan dan mencetak sabun.
Aktiviti STEM (Penghasilan Sabun) - Klik disini untuk ke galeri foto
Storytelling
Petugas akan memperkenalkan cerita itik yang hodoh dan terangkan kepada pelajar bahawa cerita ini mengandungi pelajaran penting tentang keunikan diri dan kesabaran.
Origami
Petugas mengajar langkah-langkah mudah untuk membuat origami, seperti membuat kapal atau burung. Peserta akan membuat origami mereka sendiri dengan bimbingan petugas.
Aktiviti Softskill (Storytelling & Origami) - Klik disini untuk ke galeri foto
Tarikh | : 15 Jun 2024 (Sabtu) |
Masa | : 02:30 PM hingga 04:00 PM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : NADI Kg Sungai Batu |
Tujuan
Aktiviti ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan aplikasi Quiziz.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Quiziz (https://quizizz.com/join), peserta diberikan tugasan mudah untuk menjawab soalan Matematik di dalam aplikasi Quizziz dengan bantuan petugas.
Klik disini untuk ke galeri foto
Tarikh | : 08 Jun 2024 (Sabtu) |
Masa | : 03:30 PM hingga 05:00 PM |
Peserta | : 5 orang |
Lokasi | : NADI Kg Sungai Batu |
Tujuan
Aktiviti ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan aplikasi Quiziz.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Quiziz (https://quizizz.com/join), peserta diberikan tugasan mudah untuk menjawab soalan bahasa inggeris di dalam aplikasi Quizziz dengan bantuan petugas.
Klik disini untuk ke galeri foto