Tarikh | : 07 September 2024 (Sabtu) |
Masa | : 09:00 AM hingga 1:00 PM |
Peserta | : 50 orang |
Lokasi | : KEDA |
Tujuan
Program ini bertujuan memperkukuh perpaduan, memperkasa ilmu pengetahuan, serta menggalakkan sikap tanggungjawab sosial melalui pelbagai aktiviti.menggalakkan penggunaan teknologi secara beretika dan selamat. Melalui aktiviti STEM, program ini bertujuan menginspirasi minat pelajar terhadap inovasi dan pembelajaran kreatif. Perkongsian Klik Dengan Bijak pula membantu membina kesedaran mengenai keselamatan siber dan penggunaan internet secara bertanggungjawab. Secara keseluruhannya, program ini menyokong pembentukan masyarakat yang celik teknologi, inovatif, dan berdisiplin dalam menggunakan teknologi untuk kebaikan.
Aktiviti
Perkongsian Klik Dengan Bijak
Klik Dengan Bijak membantu pengguna internet, terutama golongan muda dan ibu bapa, untuk memahami risiko-risiko yang berkaitan dengan penggunaan internet dan bagaimana untuk melindungi diri mereka dalam dunia digital. Petugas berkongsi amalan terbaik dalam penggunaan media sosial dan teknologi maklumat untuk memastikan pengalaman dalam talian yang positif dan bermanfaat.
Klik disini untuk ke Galeri Foto
Cup Stacking Berkumpulan
Peserta perlu menggunakan tali untuk menyusun cawan menjadi satu menara.
Klik disini untuk ke Galeri Foto
Cup Stacking Individu
Peserta perlu menyusun cawan dalam masa yang pantas.
Klik disini untuk ke Galeri Foto
Aktiviti STEM
Peserta perlu menyelesaikan masalah dengan menggunakan coding dalam bentuk block. Block-block tersebut perlu disusun agar menjadi satu arahan yang tepat bagi menyelesaikan masalah yang diberi.
Klik disini untuk ke Galeri Foto
Aktiviti eLearning
Peserta perlu menjawab soalan matematik yang diberikan dalam bentuk puzzle.