Tarikh :  25 Julai 2024 (Khamis)
Masa :  04:00 PM hingga 5:00 PM
Peserta :  2 orang
Lokasi :  NADI Kg Sungai Batu

Tujuan

Tujuan aktiviti menghasilkan QR code adalah untuk memperkenalkan peserta kepada teknologi QR code dan aplikasinya dalam kehidupan seharian. Aktiviti ini menggalakkan kemahiran digital dengan membolehkan pelajar mencipta QR code sendiri, yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pautan laman web, maklumat perhubungan, atau promosi.

Aktiviti

Petugas tunjukkan kepada peserta laman web atau aplikasi yang digunakan untuk membuat QR code. Peserta memasukkan maklumat yang ingin dikodkan, seperti pautan atau teks. Setelah itu, mereka boleh menghasilkan dan mengimbas QR code tersebut untuk memastikan ia berfungsi.

Klik disini untuk ke galeri foto