Tarikh :  28 Julai 2024 (Ahad)
Masa :  03:00 PM hingga 5:00 PM
Peserta :  5 orang
Lokasi :  NADI Kg Sungai Batu

Tujuan

Tujuan bermain Skribbl.io adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, kreativiti, dan kerja berpasukan melalui permainan tebak gambar yang interaktif. Pemain melukis dan meneka gambar berdasarkan perkataan yang diberikan, yang membantu dalam meningkatkan kosa kata dan kefahaman konsep. Permainan ini juga menggalakkan kerjasama dan interaksi sosial dalam suasana yang menyeronokkan dan mendidik.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan tentang permainan melukis diatas talian Skribbl.io. Seorang peserta akan diberi peluang untuk melukis perkataan yang tertera di skrin manakala peserta yang lain harus meneka perkataan tersebut berdasarkan lukisan. Setiap peserta akan diberikan giliran dan masa untuk menyiapkan lukisan tersebut

Klik disini untuk ke galeri foto