Tarikh :  17 November 2023 (Jumaat)
Masa :  3.00pm-5.00pm
Peserta :  4 orang
Lokasi :  PEDi Kg Sg Batu

 Tujuan

Pengenalan kepada Artificial Intelligence (AI) bertujuan untuk mendedahkan tentang AI dan kegunaanya kepada peserta.

Aktiviti

Peserta diberi peluang untuk belajar sambil bermain permainan di atas talian tentang AI dan kegunaannya di laman web hour of code (https://code.org/oceans)

klik disini untuk galeri foto

Tarikh :  14 November 2023 (Selasa)
Masa :  2.30pm-4.30pm
Peserta :  10 orang
Lokasi :  PEDi Kg Sg Batu

Tujuan :

Kelas Usahawan Muda Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Kulim/Bandar Baharu Sesi 2 2023, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Canva (www.canva.com), peserta diberikan tugasan mudah untuk menyunting satu poster menggunakan Canva dengan bantuan petugas.

klik disini untuk galeri foto

Tarikh :  9 November 2023 (Khamis)
Masa :  2.00pm-5.00pm
Peserta :  30 orang
Lokasi :  PEDi Kg Sg Batu

 Tujuan

Program JIWA diadakan untuk .. disamping melakukan beberapa aktiviti seperti Taklimat Klik Dengan Bijak dan Aktiviti kolaj bagi peserta kanak kanak. 

Aktiviti

Program ini dihadiri peserta Giat Mara Kulim Bandar Baharu dan penduduk Sungai Taka & Sungai Batu. Dalam program ini, semua diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slaid modul Klik Dengan Bijak mengenai "penipuan internet", "oversharing", "maklumat palsu". Disamping itu, kanak kanak terlibat dengan aktiviti kolaj bersama petugas.

 

Aktiviti Kolaj - klik disini untuk galeri foto

Taklimat KDB (Kawal Selia Kendiri) - klik disini untuk galeri foto

 

Tarikh :  11 November 2023 (Sabtu)
Masa :  3.00pm-4.00pm
Peserta :  6 orang
Lokasi :  PEDi Kg Sg Batu

Tujuan

Program ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada peserta mengulangkaji pelajaran menggunakan aplikasi Quiziz.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Quiziz (https://quizizz.com/join), dan peserta diberikan soalan ulangkaji Jawi  di dalam aplikasi Quizziz dengan bantuan petugas.

klik disini untuk galeri foto

 

Tarikh :   7 November 2023 (Selasa)
Masa :  2.30pm-4.30pm
Peserta :  10 orang
Lokasi :  PEDi Kg Sg Batu

 Tujuan

Kelas Usahawan Muda Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar Giatmara Kulim Bandar Baharu, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.

Aktiviti

Menggunakan fungsi-fungsi Microsoft Office Excel untuk menghasilkan pengolahan data yang lengkap, cara penggunaan tool yang ada di dalam Microsoft Excel secara keseluruhannya dan mengaplikasikan pembelajaran dengan menghasilkan sebuah jadual dan carta.

klik disini untuk galeri foto