Tarikh | : 17 Disember 2023 (Ahad) |
Masa | : 10.00am - 12.00pm |
Peserta | : 10 orang |
Lokasi | : PKD Dingin |
Tujuan :
Program Celik IT diadakan untuk peserta dikalangan pelajar sekolah, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi Microsoft Office untuk kegunaan mereka di masa hadapan.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi menggunakan Microsoft Office Word, peserta diberikan tugasan mudah untuk menggunakan fungsi-fungsi yang ditunjukkan.
Tarikh | : 07 Disember 2023 (Khamis) |
Masa | : 9.30am - 12.30pm |
Peserta | : 23 orang |
Lokasi | : Tabika Perpaduan Taman Seri Selama |
Tujuan
Aktiviti Stem -IOT untuk kanak-kanak tabika mengenali sains dan teknologi.
Aktiviti
Peserta menjalankan aktiviti Paper Plane.Peserta membuat kapal terbang menggunakan kertas dan menguji tahap kelajuan kapal terbang dengan menerbangkan kapal terbang tersebut.
Tarikh | : 29 November 2023 (Rabu) |
Masa | : 3.00pm-5.00pm |
Peserta | : 7 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Sg Batu |
Tujuan :
Program E-Sports@PEDi diadakan untuk peserta dari kalangan belia, bertujuan untukmembantu mereka dalam meningkatkan daya pemikiran secara kritis dan kreatif. Esports dapat membantu pemain mengembangkan pelbagai kemahiran seperti koordinasi tangan dan mata yang lebih baik, kebolehan kognitif yang unggul dan membuat keputusan yang cepat.
Aktiviti
Peserta diberikan pengenalan tentang permainan FIFA 2022. Seterusnya peserta cuba mengatur strategi dan bertanding antara merekadengan bantuan petugas.
Tarikh | : 10 Disember 2023 (Ahad) |
Masa | : 9.30am - 12.30pm |
Peserta | : orang |
Lokasi | : SK Jalan Selama |
Tujuan
Program yang dijalankan adalah semperna Hari Keusahawanan bagi Sekolah Kebangsaan Jalan Selama, Serdang bagi tahun 2023. Program ini juga turut dimeriahkan dengan jemputan daripada beberapa agensi seperti PEDi, LZNK, Jabatan Kemajuan Masyarakat dan lain-lain.
Aktiviti
Pihak PEDi Kluster Bandar Baharu telah menyertai program ini dengan membuka booth serta turut mengadakan beberapa aktiviti menarik kepada para peserta. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah word search, online quiz, STEM-IOT, online colouring dan puzzle. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan bagi menarik minat pelajar bagi memudahkan para petugas mendekati pelajar dan dapat memperkenalkan PEDi kepada mereka.
Tarikh | : 25 November 2023 (Sabtu) |
Masa | : 3.00pm-4.00pm |
Peserta | : 6 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Sg Batu |
Tujuan
Program ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada peserta mengulangkaji pelajaran menggunakan aplikasi Quiziz.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Quiziz (https://quizizz.com/join), dan peserta diberikan soalan ulangkaji Matematik (Tambah dan Tolak) di dalam aplikasi Quizziz dengan bantuan petugas.