"TAK lapuk dek hujan, tak lekang dek panas,
ketelitian seni ukiran kayu yang dihasilkan"
"KERINGATNYA mula menembusi liang-liang roma halus
tatkala tangan semakin rancak mengasah besi untuk membuat parang"
"Pancaran cahaya petang membolosi jaringan besi Bengkel Kraftangan itu
membantu mata kasarnya meneliti keruncingan ukiran kayu
dan membentuk parang yang dihasilkannya
yang pastinya mampu melubangkan setiap benda ditikam dengannya"
Bagi pembuat parang tradisional atau golok, Abdullah Mat Lazain atau dikenali sebagai Pak Lah, 58, kerja-kerja tersebut sudah sebati di dalam hidupnya.
Pak Lah sudah mula membuat parang selama lebih 25 tahun, di mana anak lelakinya bekerja bersama Pak Lah bagi mewarisi tradisi pembuat parang tradisional.
Pelbagai jenis parang serta rokok paip yang dihasilkan oleh Pak Lah
Pelbagai jenis parang yang mampu dibuat antaranya seperti golok perak, golok kedah, slundak udang, belati, wali, tumbuk lada, pisau badik malah rokok paip juga dibuat olehnya.
Namun katanya, golok perak yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan kerana ia sesuai digunakan untuk melapah daging.
"Parang jenis lain seperti belati hanya ditempah untuk dijadikan perhiasan oleh pelanggan manakala tempahan pula datang daripada sekitar negeri," katanya.
Pak Lah memberitahu, permintaan harga tidaklah terlalu tinggi walaupun lengkap dengan sarungnya tetapi ianya mampu mencecah ratusan ke ribuan ringgit mengikut jenis rekaan yang diminta oleh pelanggan.
Permintaan pelanggan untuk membuat parang Proses mengasah bentuk golok
Bengkel Kraftangan Pak Lah mendapat bimbingan kerjasama daripada Pejabat Pertanian dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Papan tanda arah ke Bengkel Pak Lah
Menurutnya, kadangkala dia menyertai pameran-pameran yang dianjurkan oleh Kraftangan Cawangan Kedah dan dari situ parang buatan tangannya mula dikenali.
Foto Bengkel Pak Lah
Untuk sebarang pertanyaan / tempahan sila berhubung dengan:-
ABDULLAH BIN MAT LAZAIN (Pak Lah)
Alamat : Kampung Sungai Tengas Hilir,
Selama, 09800 Serdang,
Kedah Darul Aman
Tel : 019-4566704