Tarikh | : 18 April 2018 | |
Masa | : 11.00 pagi - 01.00 petang | |
Lokasi | : SJK (C) Chi Seng 2, Rantau Panjang, Selama Perak |
Tujuan
Online grooming ialah pembentukan / didikan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya seseorang kanak-kanak itu mendengar kata-kata / suruhan pemangsa. Bengkel ini memberi penjelasan dan langkah-langkah keselamatan untuk mengelak dari online grooming.
Aktiviti
Memberi taklimat berkenaan online grooming kepada para pelajar, guru-guru dan ibubapa pelajar turut hadir.
Tarikh | : 15 April 2018 | |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari | |
Lokasi | : Sekolah Kebangsaan Sungai Taka |
Tujuan
Sekolah Kebangsaan Sungai Taka mengadakan kejohanan sukan olahraga ke-45.
Aktiviti
Mengambil beberapa gambar ketika sukan berlangsung dan pi1m membuat promosi dashboard.
Tarikh | : 12 April 2018 | |
Masa | : 11.00 pagi - 01.00 petang | |
Peserta | : Kanak-Kanak Tadika Kemas Kg. Sungai Taka | |
Lokasi | : Tadika Kemas Kg. Sungai Taka |
Tujuan
Peristiwa Israk dan Mikraj Muhammad terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian baginda, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram.
Aktiviti
Bercerita tentang peristiwa israk mikraj dan mewarna untuk menceriakan kanak-kanak.
Tarikh | : 15 April 2018 | |
Masa | : 08.00 pagi - 10.00 pagi | |
Lokasi | : Tadika Kemas Kg. Sungai Taka |
Tujuan
Menjalinkan ukhwah dalam melakukan aktiviti gotong-royong bersama waris dan komuniti setempat.
Aktiviti
Aktiviti gotong-royong bersama waris dan komuniti setempat serta pi1m membuat promosi dashboard.
Tarikh | : 03 April 2018 | |
Masa | : 02.00 petang - 03.00 petang | |
Peserta | : 10 orang | |
Lokasi | : PI Sungai Batu |
Tujuan
Mempromosi pertandingan kuiz dalam aplikasi Dashboard Komuniti (DK) bertujuan memastikan aplikasi DK ini sentiasa memberi manfaat kepada pengguna untuk berhubung antara komuniti dan senantiasa digunakan oleh komuniti.
Aktiviti
Peserta menjawab kuiz dashboard.