Tarikh | : 25 November 2018 | |
Masa | : 09.00 pagi - 02.00 petang | |
Lokasi |
: Perkarangan Perpustakaan Desa Kg. Belakang Pekan |
Tujuan
Program "Perpustakaan Bersama Anda" merupakan program tahunan yang dijalankan perpustakaan desa. Objektif utamanya ialah merapatkan silaturrahim diantara perpustakaan desa dan komuniti setempat.
Aktiviti
Program bermula dengan pendaftaran peserta, diteruskan dengan aktiviti yang berjalan serentak seperti pameran agensi, pemeriksaan kesihatan, sukaneka, cabutan bertuah dan free market. Pusat Internet turut serta dengan mengadakan aktiviti dan kuiz Klik Dengan Bijak untuk peserta yang hadir.
Tarikh | : 22 November 2018 | |
Masa | : 09.00 pagi - 01.00 petang | |
Peserta | : 6 orang | |
Lokasi | : PI Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Peserta diberikan asas dalam penyuntingan video menggunakan komputer peribadi (PC).
Aktiviti
Peserta belajar cara-cara menyunting video menggunakan perisian Wondershare Filmora. Petugas menunjukkan menu dan alat yang telah tersedia di dalam perisian. Peserta juga cuba menggunakan fungsi-fungsi tersebut selepas diberikan penerangan.
Tarikh | : 16 November 2018 | |
Masa | : 09.00 pagi - 12.00 tengah hari | |
Peserta | : 2 orang | |
Lokasi | : PI Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dengan membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan secara digital.
Aktiviti
Peserta mendengar taklimat eRezeki yang disampaikan oleh petugas dan mendaftar dengan eRezeki.
Tarikh | : 17 November 2018 | |
Masa | : 09.00 pagi - 01.00 petang | |
Peserta | : 2 orang | |
Lokasi | : PI Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Peserta belajar memproses perkataan menggunakan Microsft Word.Peserta diberi tunjuk ajar menggunakan dan mengetahui setiap fungsi dalam microsft word.
Aktiviti
Peserta menggunakan setiap fungsi yang ada dalam microsft word.
Tarikh | : 15 November 2018 | |
Masa | : 09.00 pagi - 01.00 petang | |
Peserta | : 10 orang | |
Lokasi | : PI Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Tujuan kelas adalah untuk memberikan kemahiran secara asas dalam penggunaan Adobe Photoshop.
Aktiviti
Peserta yang menghadiri dibekalkan dokumen Asas Penggunaan Photoshop untuk memudahkan pembelajaran. Pengajar memberikan tunjuk ajar dan cara mudah penggunaan Adobe Photoshop. Peserta juga diberikan tugas untuk setiap tools yang diterangkan untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang fungsi dan cara penggunaan tools tersebut.