Tarikh : 14 Januari 2021
Masa : 09.00 pagi - 12.00 tengah hari
Peserta : 6 orang
Lokasi : PI Kg. Kuala Selama

 

 

 

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan akaun Gmail yang telah cipta dan peserta perlu memuat video di akaun YouTube peserta dengan tunjuk ajar dari petugas. Dan petugas akan menunjukkan cara-cara untuk memuat naik produk di dalam Marketplace Facebook dengan memuatnaik gambar dan meletakkan keterangan berkenaan barang yang hendak dijual.

klik disini untuk galeri foto

 

Tarikh : 12 Januari 2021
Masa : 09.30 pagi - 11.30 pagi
Peserta : 25 orang
Lokasi : Giatmara Mahang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet, tajuk yang dibicarakan ialah "risiko atas talian", "oversharing", & "maklumat palsu".

 

Aktiviti

Bengkel ini dihadiri bagi peserta Giatmara Mahang (25 orang) . Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slide modul Klik Dengan Bijak mengenai "risiko atas talian", "oversharing", & "maklumat palsu". Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.

klik disini untuk galeri foto

 

Tarikh
:  06 Januari 2021
Masa
:  09.00 pagi - 12.00 tengah hari
Peserta
:  6 orang
Lokasi
:  PI Kg. Kuala Selama

 

Tujuan

Peserta diberikan asas dalam penyuntingan video menggunakan komputer peribadi (PC).

 

Aktiviti

Peserta belajar cara-cara menyunting video menggunakan perisian Wondershare Filmora. Petugas menunjukkan menu dan alat yang telah tersedia di dalam perisian. Peserta juga cuba menggunakan fungsi-fungsi tersebut selepas diberikan penerangan.

klik disini untuk galeri foto

 

Tarikh : 07 Januari 2021
Masa : 09.00 pagi - 12.00 tengah hari
Peserta : 6 orang
Lokasi : PI Kg. Kuala Selama

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Larut, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.

 

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Canva (www.canva.com), peserta diberikan tugasan mudah untuk menyunting satu poster menggunakan Canva dengan bantuan petugas.

klik disini untuk galeri foto

 

Tarikh
:  18 Disember 2020
Masa
:  10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Peserta
:  7 orang
Lokasi
:  PI Kg. Kuala Selama

 

Tujuan

Bengkel E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar Giatmara Larut Jurusan Automotif, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.

 

Aktiviti

Penyampaian sijil dan saguhati kepada peserta Bengkel E-Usahawan Giatmara Larut Bagi Jurusan Automotif.

klik disini untuk galeri foto