Tarikh : 13 November 2022 (Ahad)
Masa : 03.00 petang - 05.00 petang
Peserta : 56 pelajar
Lokasi : KAFA SK Sungai Tengas

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna khususnya kepada golongan kanak-kanak dan remaja yang terlalu terdedah kepada internet pada masa sekarang.

 

Aktiviti

Bengkel ini dihadiri bagi peserta KAFA SK Sungai Tengas (56 pelajar) . Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slaid modul Klik Dengan Bijak mengenai "penipuan internet", "oversharing", "maklumat palsu", & "buli siber". Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.

klik disini untuk galeri foto

 

Tarikh : 12 November 2022 (Sabtu)
Masa : 09.30 pagi - 11.30 pagi
Peserta : 8 orang
Lokasi : PEDi Kg. Kuala Selama

 

 

 

 

 

Tujuan

Kursus Kemahiran Keusahawanan diadakan untuk peserta dari kalangan usahawan setempat, bertujuan untuk membantu peserta mengetahui teknik pemasaran dan penjualan produk secara atas talian.

 

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan oleh pengajar tentang cara-cara mengubah bouquet. Seterusnya, peserta dapat melalukan pengubahan bouquet sendiri dengan bantuan pengajar.

klik disini untuk galeri foto

 

Tarikh : 21 Oktober 2022 (Jumaat)
Masa : 02.30 petang - 04.30 petang
Peserta : Seorang
Lokasi : PEDi Kg. Sungai Batu

 

 

 

 

 

Tujuan

Peserta menghadiri kelas bertujuan untuk mempelajari mengenali cara pengggunaan komputer, pengenalan internet & cara membuka akaun gmail peserta.

 

Aktiviti

Petugas memberikan pengenalan komputer seperti ciri-ciri dan aplikasi yang terdapat dalam komputer. Untuk pengenalan komputer petugas menunjukkan cara-cara melayari internet. Seterusnya, peserta membuat pendaftaran baru e-mel (Gmail) dengan bantuan petugas.

klik disini untuk galeri foto

 

Tarikh : 11 November 2022 (Jumaat)
Masa : 09.00 pagi - 12.00 tengah hari
Peserta : 32 orang
Lokasi : PEDi Kg. Kuala Selama

 

 

 

 

 

Tujuan

Program Celik ICT Bersama Tabika KEMAS IPD Selama Perak. Bertujuan untuk membantu peserta mengenali dan menggunakan komputer.

 

Aktiviti

Petugas memberikan taklimat pengenalan komputer tentang ciri-ciri dan aplikasi yang terdapat dalam komputer. Seterusnya, petugas menunjukkan cara-cara melayari internet dan bermain permainan secara atas talian.

klik disini untuk galeri foto

 

Tarikh : 20 Oktober 2022 (Khamis)
Masa : 09.30 pagi - 11.30 pagi
Peserta : 6 orang
Lokasi : PEDi Kg. Sungai Batu

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar Giatmara Mahang, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.

 

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Canva (www.canva.com), peserta diberikan tugasan mudah untuk menyunting satu poster menggunakan Canva dengan bantuan petugas.

klik disini untuk galeri foto