Tarikh | : 12 Januari 2022 | |
Masa | : 03.00 petang - 05.00 petang | |
Peserta | : 9 orang | |
Lokasi | : Giatmara Mahang |
Tujuan
Bengkel Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna khususnya kepada golongan kanak-kanak dan remaja yang terlalu terdedah kepada internet pada masa sekarang.
Aktiviti
Bengkel ini dihadiri bagi peserta Giatmara Mahang (9 orang) . Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slaid modul Klik Dengan Bijak mengenai "penipuan internet", "oversharing", "maklumat palsu", & "buli siber". Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.